Tuesday 7 May 2013

VIDEO

'Kita' tidak  percaya video seks itu.

'Kita' tidak percaya video depan kaabah itu.

Tapi 'kita' sangat percaya video resolusi rendah blackout dan peti undi dibawa masuk.

Apakah?

Monday 22 April 2013

Oh bubur kacang

Tadi pegi kantin mau beli lunch.
Tengah kaut nasi masuk tapau, nampak bubur kacang atas kaunter.
So niat dalam hati mau tapau bubur kacang juga.
Kemudian datang rakan kerja Incik JA semasa saya tengah kaut lauk. Cakap hai dan tanya kabar.
Then dia bagi tau pekerja kantin nanti dia bayarkan tapau saya sekali. Saya cakap terima kasih.
Tapi bubur kacang saya tengok saja malu mau ambik takut nanti orang bayarkan juga.
Balik opis dengan tapau nasi tanpa bubur kacang.
Harap ada bubur tu sampai jam 2pm. Nanti la pegi sana beli takut kepunan.

Wednesday 17 April 2013

PENDIDIDIKAN PERCUMA

Ya saya mahu PENDIDIDIKAN PERCUMA untuk anak-anak saya.
Saya mahu:
1. Tempat tinggal percuma contoh, HOSTEL.
2. Kemasukan ke universiti tanpa yuran atau apa jua bayaran lain.
3. Buku rujukan diberi percuma.
4. Makanan diberi percuma. Contoh, makan di dewan makan.

Apa? Kamu mau apa? Oooo... Duit PERCUMA? Duit untuk biaya belajar?
Berapa? RM10K setahun?

Ibu bapa bagi kamu duit untuk belajar, tapi kamu buat main-main. Malas belajar. Joli sana-sini.

PTPTN yang kamu hutang kena bayar balik pun kamu buat joli, beli handphone, beli baju, buat rebonding (buat rebonding ni serius betul, kawan sendiri cerita).

Jadi duit yang kerajaan bagi PERCUMA nanti kamu betul-betul guna untuk belajarkah?

Thursday 14 June 2012

Upin, Ipin dan anak ku sayang

Kedai merchandise Upin & Ipin ada di 1B. saya sudah lupa tingkat berapa. Kedai ni  dekat dengan eskelator yg mau pegi FOS.

T-Shirt yang dijual di sana harga RM20 ++ ke atas. Saya cuma beli flashcard harga RM8 lebih.

Monday 7 May 2012

My Mommy's birthday

Last month juga ialah my mom punya birthday. Dia tidak gilakan coklat, oleh itu saya order kek yang lain dari biasa. Green tea cake dari Boutique Cupcakes -RM92.

Tapi malangnya, lebih dua minggu selepas her birthday, kek itu masih tinggal hampir separuh di dalam peti sejuk... (tidak laku la tu maknanya..).

Eh, sudah closed rupanya Boutique Cupcakes ni. Tutup sejak 21 April lagi.. 10 days after my mom's birthday...

Sunday 6 May 2012

Teh tarik Madras

Teh tarik madras di Restoran Happy Muslim, Asia City. Setinggi gunungkan dia punya buih?
"Buih semula jadikah ini" detik hatiku (waiseh). Ah, minum sajalah...

Dome



















Dome, oh Dome... kenapa your drinks sedap tapi mahal gila.. RM18++ !!!! Last ok, last! Saya tidak mahu beli lagi.. gila apa beli minuman harga macam tu!