Saturday 17 March 2012

Hotel De Leon, Lahad Datu

29 December 2011

Hujung tahun lalu, saya diarahkan pergi ke LD untuk stock take pada 30 Dec 11. Stay di Hotel De Leon.

Tidak ingat bilik apa ni. 'Deluxe single' mungkin? Selesa untuk seorang penginap.

Saya sampai hotel jam 10 pagi. Malas jalan keluar cari makan. Plan mau rehat dalam bilik sampai petang. Jadi room service sajalah.


Saya lupa apa yang saya order ni. Chicken chop & chips kalau tidak silap. Harga antara RM14 - RM16. Mampu buat saya kenyang sampai petang.

Petang tu, saya keluar dengan rakan pejabat. Jalan kaki saja pegi restoran yang berhampiran. Tapau dan balik bilik hotel lagi sebab saya tiada mood sebenarnya lepak di luar.

Keesokan paginya, bangun & bersiap awal. Sambil tunggu tranport datang, pose & ambil gambar perasan dulu.


Kalau pegi LD lagi, mungkin saya mau stay di hotel lain la pula.

Secret Recipe


Kemarin pegi Secret Recipe. Sudah beberapa kali pegi (tapi bukan selalu), tapi saya selalu lupa makanan dan minuman apa yang saya pernah order.

Jadi kemarin saya order 'Singapore Laksa' dan 'Ice blended chocolate'.
Harga laksa ni pada masa kemarin ialah RM16.90 kalau tidak silap. Ada udang, tauhu, sedikit tauge dan jejalur fish cake sepanjang 4 inci. Macam mee masak lemak.


Harga 'Ice blended chocolate' ni pada masa kemarin ialah RM7.90 kalau tidak silap. Whipped cream pada mulanya lebih tinggi dari gambar di atas. Saya cepat-cepat hirup airnya supaya whipped cream menurun, sebab anak tersayang mau minum juga, nanti berjatuhan whipped cream kalau dia yang pegang gelas.

Saya order 'Kid's fish &chip' untuk anak saya.

Harganya pada masa kemarin ialah RM12.90

Suami saya pula minta 'plain water' (sebab dia selsema), currypuff dan a slice of chezz choc cake.

Lupa ambil gambar currypuff dan chezz choc. Harge satu slice chezz choc ialah RM7.00++.

Yang paling sedap dan akan di order kalau pegi SC lagi ialah 'Ice blended chocolate' dan kek 'chezz choc'.

Monday 12 March 2012

My dad's birthday


Sabtu lepas adalah birthday bapa saya. Beli kek Oreo di Boutique cupcakes . Harga RM90. Lepas tu minta buat wording daripada fondant kena campur RM2.

Tuesday 6 March 2012

Pasal 'Bear Bile'

Saya baru tahu pasal kewujudan 'Bear Bile' ni semalam.

'Bear bile' (hempedu beruang) digunakan sebagai ubat tradisional di China. Proses mengekstrak cecair hempedu beruang ini sangat kejam.
Seekor beruang dikurung dalam sangkar yang hanya cukup besar untuk memuatkan badannya. Perut beruang itu  ditebuk untuk memasukkan paip besi ke dalam hempedu untuk mengambil cecair hempedu. Proses ini dikatakan sangat menyakitkan beruang kerana beruang dikatakan mengerang dan mengigit kakinya kesakitan.

Ok. Cukuplah penerangan saya yang saya tulis sendiri mengikut apa yang saya fahami. Kepala saya sakit sejak kelmarin. Membayangkan betapa terseksanya beruang-beruang yang diternak semata-mata untuk diambil hempedunya.

Google 'bear bile' boleh dapat banyak info pasal benda ni. Saya tidak mahu letak gambar sadis beruang dalam blog ni. Tengok di blog lain pun saya tidak sanggup.

Blog ni ada cukup info pasal 'bear bile' dan aktiviti yang dijalankan untuk menyelamatkan beruang yang terseksa: http://endbearbilefarming.blogspot.com/


Gambar atas ialah Jasper. Salah seekor beruang yang berjaya diselamatkan setelah 15 tahun menderita didalam sangkar besi dan diekstrak hempedu.

Banyak sangat kekejaman di dunia ni. Kadang-kadang rasa macam tidak cukup kuat untuk handle benda macam ni.