Monday 7 May 2012

My Mommy's birthday

Last month juga ialah my mom punya birthday. Dia tidak gilakan coklat, oleh itu saya order kek yang lain dari biasa. Green tea cake dari Boutique Cupcakes -RM92.

Tapi malangnya, lebih dua minggu selepas her birthday, kek itu masih tinggal hampir separuh di dalam peti sejuk... (tidak laku la tu maknanya..).

Eh, sudah closed rupanya Boutique Cupcakes ni. Tutup sejak 21 April lagi.. 10 days after my mom's birthday...

Sunday 6 May 2012

Teh tarik Madras

Teh tarik madras di Restoran Happy Muslim, Asia City. Setinggi gunungkan dia punya buih?
"Buih semula jadikah ini" detik hatiku (waiseh). Ah, minum sajalah...

Dome



















Dome, oh Dome... kenapa your drinks sedap tapi mahal gila.. RM18++ !!!! Last ok, last! Saya tidak mahu beli lagi.. gila apa beli minuman harga macam tu!

Saturday 5 May 2012

Pergi Secret Recipe satu kali lagi............

22 Apr 2012

Pegi Secret Recepi lagi. Entah kenapa teringin pergi sana. Padahal rasa makanan bukanya terlampau hebat pun. Saya sebenarnyateringin mau makan spaghetti. Jadi pergi sana sajalah. tiada lagi pilihan.

Ni dia gambar makanan yang kami order:

Kid's Burger - RM12.50
untuk anak ku sayang.

Chic Cordon - RM16.50
untuk suami tersayang. Sedap dia bilang.

Spaghetti Meatball - RM15.50
untuk diriku yang penyayang. 
Hitamkan dia punya meatball. Macam hangus saja, tapi sebenarnya tidak hangus. Rasa pun ok lah.



Diclaimer (perlukah?): Harga di atas mungkin berubah selepas hari kami pergi sana makan. Terima kasih.


Veda Blue




Last month anak ku sayang punya birthday. Kami order Veda Blue punya ice cream cake. Boleh pilih dua flavor ice cream. Deco nya pula cuma limited to 6 choices seperti gambar di atas. Harga Rm60++. reasonable la juga.

Friday 4 May 2012

Ngau Chap

Oh ya, masa pulang Keningau bulan lepas, kami sarapan pagi di restoran ini:


 Sebab saya teringin mahu makan ini:

 Ngau Chap!!!


Restoran itu ada 48, yes, AMPAT PULU LAPAN, jenis hidangan... Banyaknya...

Wall Climbing

24 March 2012

Pergi wall climbing di Sabah Indoor Climbing Centre . Pertama kali mahu buat. Pada mulanya rasa takut sebab menjangkakan diri ini tidak larat naik wall itu. Rupanya bukan masalah larat atau tidak. Bila saya naik setinggi 1.5 meter, tengok bawah.... gayat! Kaki jadi lembik macam jelly. Naik tu boleh, tapi asal tengok bawah saja, mengeletar kaki. Cubaan pertama & kedua tidak berjaya naik sampai atas. Takut kalau naik terlampau tinggi nanti tidak pandai turun balik. Cubaan ke-4 dan terakhir baru dapat naik sampai atas sekali, 10 meter tinggi. Itupun sebab naik cepat-cepat dan langsung tidak tengok bawah.

Bayaran RM24.00 termasuk equipment & belayer.  Boleh spend berjam-jam atau the whole day di sana kalau mahu.


 

Beginner walls. Tapi yang colorfull wall tu selalunya kids yang panjat.

Pulang kampung bapa

6 April 2012 (Jumaat)

Pulang kampung. Bapa saya punya kampung. Tidur sana satu malam saja.



Gerai ni di pekan Keningau. Tidak tahu area mana sebab saya tidak pandai hafal jalan dan arah tempat. Harga satu kepak RM1.20 kalau tidak silap.