24 March 2012
Pergi wall climbing di Sabah Indoor Climbing Centre . Pertama kali mahu buat. Pada mulanya rasa takut sebab menjangkakan diri ini tidak larat naik wall itu. Rupanya bukan masalah larat atau tidak. Bila saya naik setinggi 1.5 meter, tengok bawah.... gayat! Kaki jadi lembik macam jelly. Naik tu boleh, tapi asal tengok bawah saja, mengeletar kaki. Cubaan pertama & kedua tidak berjaya naik sampai atas. Takut kalau naik terlampau tinggi nanti tidak pandai turun balik. Cubaan ke-4 dan terakhir baru dapat naik sampai atas sekali, 10 meter tinggi. Itupun sebab naik cepat-cepat dan langsung tidak tengok bawah.
Bayaran RM24.00 termasuk equipment & belayer. Boleh spend berjam-jam atau the whole day di sana kalau mahu.
Beginner walls. Tapi yang colorfull wall tu selalunya kids yang panjat.
No comments:
Post a Comment